Lokasi menyuarat bertempat di Restoran Sabar Menanti, Ipoh bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Dihadiri oleh semua ahli Majlis Eksekutif kecuali Timbalan Bendahari dan Setiausaha berikutan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan. Beberapa isu yang dapat disimpulkan ialah hasil perbincangan bersama :

1. Sistem nombor bagi setiap ahli akan dijalankan secara rasmi.

2. Reunion seterusnya akan dijalankan pada 28 Disember 2008 bertempat di Hotel Seri Malaysia.

3. Setiap ahli Majlis Eksekutif akan diminta untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat bekas-bekas pelajar yang berminat untuk menyertai CATORS.

4. Mesyuarat Majlis Eksekutif CATORS kedua akan diadakan pada 31 Ogos 2008 bagi memperhalusi agenda Reunion tersebut.

5. Memberi kebebasan kepada ahli Majlis Eksekutif dan seluruh ahli CATORS untuk menganjurkan sebarang aktiviti dibawah label CATORS dengan syarat memaklumkan kepada Majlis Eksekutif.

6. Aktiviti melibatkan SMTLC akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi menumpukan usaha untuk mengemaskinikan pengurusan CATORS.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas keizinanNya pada 22 Jun 2008, 2.20 petang bertempat di Restoran Sabar Menanti, Ipoh. CATORS telah berjaya mengumpulkan bekas pelajar-bekas pelajar SMTLC dari tahun 1997 hingga 2007. Walaupun pada permulaannya saling tidak mengenali, tetapi setelah beramahmesra, ternyata persefahaman di antara kesemua bekas pelajar berjaya dipupuk dan dibentuk sebaiknya. Seterusnya berjaya memutuskan untuk membuat mesyuarat agung ringkas bagi mendapat mandat baru dikalangan bekas-bekas pelajar selain membentuk satu pasukan pengurusan yang terdiri dari kepelbagaian sesi pengajian atas secara perbincangan dan persefahaman.