Lokasi menyuarat bertempat di Restoran Sabar Menanti, Ipoh bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Dihadiri oleh semua ahli Majlis Eksekutif kecuali Timbalan Bendahari dan Setiausaha berikutan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan. Beberapa isu yang dapat disimpulkan ialah hasil perbincangan bersama :

1. Sistem nombor bagi setiap ahli akan dijalankan secara rasmi.

2. Reunion seterusnya akan dijalankan pada 28 Disember 2008 bertempat di Hotel Seri Malaysia.

3. Setiap ahli Majlis Eksekutif akan diminta untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat bekas-bekas pelajar yang berminat untuk menyertai CATORS.

4. Mesyuarat Majlis Eksekutif CATORS kedua akan diadakan pada 31 Ogos 2008 bagi memperhalusi agenda Reunion tersebut.

5. Memberi kebebasan kepada ahli Majlis Eksekutif dan seluruh ahli CATORS untuk menganjurkan sebarang aktiviti dibawah label CATORS dengan syarat memaklumkan kepada Majlis Eksekutif.

6. Aktiviti melibatkan SMTLC akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi menumpukan usaha untuk mengemaskinikan pengurusan CATORS.

3 Responses to “MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF CATORS PERTAMA”

  1. aieyn said

    hyep…hey da maju da nie..bagus2…
    hope kite dpt membgunkn the cators same2…
    suke ar wat keje2 cam nie….
    gpon kite dpt ar kenal lek ngn senior2 or kwn yg tepisah time skool dulu an????
    eceh….aku suke bab knl2 lek nie…..hukhukhuhk….
    tp an…aritu kiter xdpt dtg time kt sabar menanti tu…bab kiter keje, kalu x kite da mai da….pape pon ain akan tlg kowang untk update kan list name dak2 cators….keh??orait..bye….
    smoge truz success….
    adiox!!

  2. thecators said

    terima kasih ain, teruskan memberi sokongan dan dokongan untuk kami, kami akan terus memberikan yang terbaik untuk semua warga CATORS..

    kami masih memerlukan ramai ahli dan sukarelawan bagi menggerakkan organisasi kami, mohon saudari dan teman2 yang lain dapat menghubungi mana2 ajk CATORS untuk memberi sumbangan idea, tenaga juga kewangan bagi menjayakan misi CATORS.

  3. ALI said

    TAHNIAH LA…
    SELAMAT MAJU JAYA.. :)

    all the best theCators :-)

    nice link:-
    diabetic diets

Leave a Reply