Diilhamkan bersempena Majlis Perpisahan Kejuruteraan Jentera & Pengurusan Perniagaan Millenium 2000, atas dasar semangat persahabatan yang tinggi dikalangan warga kedua-dua kursus tersebut maka bermulalah gerak kerja ke arah penubuhan persatuan bekas pelajar ini. Sokongan dan dorongan Pengetua Sekolah, En. Abdul Mutalib B. Abdul Hamid, Penolong Kanan, En. Ramli Zakaria Penolong Kanan HEM Cik Jasmin. Satu jawatankuasa khas pimpinan pelajar telah dibentuk yang terdiri daripada empat orang pelajar iaitu En. Mohd Hamidi b. Abdul Rahim, En. Mohd Faizal b. Zainol, En. Firdaus b. Ya Ali, dan En. Nurul Fazli b. Shahbudin bagi meneliti dan melaksanakan perbincangan dengan pihak sekolah ke arah merealisasikan penubuhannya.

Setelah segalanya selesai satu Mesyuarat Agung Penubuhan telah dijalankan pada 20 Januari 2001 bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan, dan mesyuarat tersebut berjaya membentuk satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada 10 orang bagi memandu kearah pembentukan rasmi pertubuhan ini dan seterusnya memimpin ke arah menjayakan misi dan visi persatuan.

AJK PENAJA CATSSOBA SESI 2001/2002

Pengerusi Penaja En. Mohd Faizal b. Zainol

Timbalan Pengerusi Penaja En. Firdaus b. Ya Ali

Naib Pengerusi Penaja Puan Rosinar bt. Mohd Anuar

Setiausaha Penaja Cik Nor Izatuliza bt Mohd Joaini

Naib Setiausaha Penaja Cik Azizah bt Abdullah

Bendahari Penaja Cik Azilah bt Zubil

Naib Bendahari Penaja En. Dzulkifli Mohammad b. Ismail

AJK Khas Penaja Cik Noraini bt Mohd Radzi

En. Mohd Hamidi b. Abdul Rahim

En. Khairul Azman b. Rus

Dalam tempoh menunggu kelulusan pelbagai aktiviti tidak formal dijalankan bagi memastikan kesinambungan persatuan ini tidak terhenti antaranya Majlis Dialog Bersama Pengetua, Penolong Kanan HEM, Pimpinan Pelajar SMTLC, Mempromosikan Penubuhan, Pertemuan Khas Bersama Pegawai Pendaftar Pertubuhan Negeri, menyertai Kursus Keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Belia Negara selama lima hari empat malam bertempat di Kuala Woh, Perak yang disertai oleh lima orang jawatankuasa Penaja CATSSOBA iaitu En. Firdaus Ya Ali, En. Faizal Zainol, Puan Nor Fazerah Mustafa, Puan Rosinar dan Cik Azizah.

Setelah 3 tahun bergerak, pelbagai perubahan telah dilakukan selari dengan kehendak masa antaranya perubahan kepemimpinan, sistem pengurusan dan keahliannya yang lebih terbuka. Bermula 19 Jun 2002, pindaan demi pindaan undang-undang dilakukan termasuk pertukaran jawatan sesama ahli Majlis Eksekutif, meminda perlembagaan yang telah diluluskan pada Mesyuarat Agung Penubuhan pada 20 Januari 2001 agar kelihatan lebih relevan antaranya menambahkan bilangan Naib Presiden dan Naib Setiausaha dari satu kepada tiga orang, menukarkan nama ringkasan dari CATSSOBA ke CATORS. Membentuk dua Jabatan Utama iaitu, Jabatan Presiden & Pengurusan Utama dan Jabatan Setiausaha Agung & Penyelidikan ini bagi memfokuskan tanggungjawab Majlis Eksekutif dengan lebih terperinci disamping meningkatkan taraf Sistem Pentadbiran Persatuan agar selari dengan peredaran masa.

Mulai 1 Januari 2003, kepimpinan Persatuan ini telah beralih dimana Timbalan Pengerusi Penaja, Encik Firdaus b Ya Ali telah memangku jawatan Pengerusi Penaja CATORS berikutan perletakan jawatan beberapa orang jawatankuasa penaja yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Penubuhan. Perletakan jawatan ini berikutan urusan peribadi. Beliau dan dibantu oleh ahli-ahli Majlis Eksekutif kombinasi muka lama yang dilantik mengikut heiraki jawatan dan juga muka baru yang dilantik berdasarkan potensi, komitmen dan kemampuan. Seterusnya pimpinan baru meneruskan usaha-usaha untuk memperkasakan persatuan dari masa ke semasa dalam masa yang sama mempelbagaikan aktiviti mengikut daya kreativiti ahli Majlis Eksekutif bagi merealisasikan visi dan misi persatuan. Setelah The CATORS berjaya diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Mesyuarat Agung Pertama diadakan dan seterusnya En. Firdaus mendapat mandat untuk dilantik memimpin CATORS seterusnya menjadi Presiden CATORS yang pertama.

MAJLIS EKSEKUTIF CATORS SESI 2003/2004

Presiden En. Firdaus b. Ya Ali

Timbalan Presiden Cik Noor Haslina bt Che Othman

Naib Presiden Leftenan Muda Dzulkifli Mohamad b. Ismail

Naib Presiden Cik Nor Izatuliza bt Joaini

Naib Presiden En. Nurashid b. Noor Muhammad

Setiausaha En. Mohd Faizal b. Zainol

Naib Setiausaha Cik Zaidatul Fadilah bt Abdullah

Naib Setiausaha En. Mohamad Hamidi b Abdul Rahim

Bendahari En. Khairul Azman b. Che Rus

MAJLIS EKSEKUTIF CATORS SESI 2005/2006

Presiden En. Firdaus b. Ya Ali

Timbalan Presiden En. Nurashid b. Nur Muhammad

Naib Presiden En. Noor Khalis Syafik b. Roslan

Naib Presiden En. Mohd Khalil b. Mohd Razali

Naib Presiden En. Mohd Hamidi b. Abdul Rahim

Setiausaha En. Mohd Faizal b. Zainol

Naib Setiausaha Cik Zaidatul Fadillah bt Abdullah

Naib Setiausaha En. Jamallullaid b Saidin

Naib Setiausaha Puan Suriyani bt Somri

Bendahari En. Mohd Redzuan b. Zainuddin

Naib Bendahari Puan Fazerah bt Mustafa

MAJLIS EKSEKUTIF CATORS SESI 2007/2008

Presiden : Puan Nor Fazerah bt. Mustafa

Timbalan Presiden : En. Firdaus b. Ya Ali

Naib Presiden En. Noor Khalis Syafik b. Roslan

Naib Presiden En. Mohd Khalil b. Mohd Razali

Naib Presiden En. Shahril Azmi b. Sahli

Setiausaha En. Mohamed Faizal b. Zainol

Naib Setiausaha En. Mohd Hamidi b. Abdul Rahim

Bendahari En. Hermi b. Hashim

MAJLIS EKSEKUTIF CATORS SESI 2009/2010

Presiden : En. Muhd Zaidani bin Muhammad Abd. Latib (wakil 1997)

Timbalan Presiden : En. Mohd Aizudin b. Ariffin (wakil 2002/03)

Naib Presiden : En. Saifuddin b. Shahrul Puadi (wakil 2003)

Naib Presiden : En. Intan Sakinah bte Abu Bakar (wakil 1998/99)

Naib Presiden : En. Mohd Adri Adha b. Mohamad (wakil 2003/04)

Setiausaha Eksekutif :En. Mohd Faizal b. Zulkifly (wakil 2003)

Timbalan Setiausaha Eksekutif :Cik Syarifah Norfadzilah bte Syed Termizi (wakil 2003/04)

Timbalan Setiausaha Eksekutif :Cik Faridah bte Zulkifli (wakil 2003/04)

Timbalan Setiausaha Eksekutif :En. Nor Asri b. Norrudin (wakil 2003/04)

Bendahari Eksekutif :Puan Nur Haslida binti Abu Yaziz (wakil 1997)

Timbalan Bendahari Eksekutif :En. Razlan Fauzi b. Hasni (wakil 1998/99)

Ahli Majlis Eksekutif :En. Anas Saufi b. Zulkifli (wakil 2006/07)

Ahli Majlis Eksekutif : Cik Noor Ain Bte Azmee (wakil 2003/04)

Ahli Majlis Eksekutif : Cik Nur Amalina Bte Azmi (wakil 2002/03)

Pemerhati :En. Firdaus b. Ya Ali (wakil 1999/00)

Pemerhati : En. Mohamed Faizal b. Zainol (wakil 2000)

11 Responses to “History”

  1. zaidani said

    tuan presiden,
    saya mencadangkan agar ruang website ini diletakkan lagu sekolah. nak tanya sikit, laman web http://www.thecators.cjb .net tu pakai lagi ke. kalau pakai, elok le kiranya kita update skit dan promote member kita lawat laman web ni .

  2. thecators said

    cadangan mengenai lagu sekolah akan dipertimbangkan, kami masih menunggu laporan daripada Naib Setiausaha berkenaan peng-upgrade-an laman web.

    persoalan laman rasmi http://www.thecators.cjb.net memandangkan kekakangan masa yang tidak mengizinkan. Urusan peng-update-an yang memakan masa yang agak lama berikutan ia masih menggunakan kaedah manual dalam proses penghasilan.

    webmaster dengan ini mengalu-alukan, kepada sesiapa bekas pelajar yang memiliki kepakaran dalam merekabentuk laman web, dengan segala hormatnya menghubungi pihak kami sama ada presiden atau wakilnya. Ini adalah kerana kesemua a.j.k sedia ada tidak memiliki kepakaran dalam bidang tersebut.

  3. semoga CATORS maju jaya.. :D

  4. nua said

    bagus!! moga usaha anda semua mendatangkan hasil

  5. asalamualaikum sahabat2 ku,
    tahniah atas penubuhan bekas2 pelajar TLC..
    kalau boleh perancangan aktiviti dimaklumkan lebih seperti perjumpaan, perkemahan dll agar boleh bekas pelajar yang bekerja boleh urus cuti.
    Saya harap kita dapat merapatkan hubungan lebih akrab. Mengenai laman web, saya boleh tolong sikit2 jika perlukan bantuan..

    ANUAR IBRAHIM BIN ZAINAL ABIDIN
    019-4793627
    SPM 2000

  6. yazzieds said

    hye
    good to hear a news from cators.
    actually im still new fr the cators.
    please let me know if your site have any activity to do.
    I’allah i will try to join it…
    just nak bagi cadangan if kita nak encourage more ex-student…per kata kita wat satu sticker or sometin stuff yg ‘bernilai sentimental value’ if dorg join cators….itu cuma cdgn sahaja…
    other than dats kita boleh expose our ‘alumni’ with using social-network services like myspace,facebook n etc….
    actual i hv my own portal utk advertising space…

  7. faizal said

    terima kasih atas semua cadangan yang telah diberikan, saya mewakili pimpinan CATORS akan cuba perhalusi dan mengetengahkan idea2 yang diberikan, terima kasih atas segala cadangan dan keprihatinan kalian. teruskan memberi cadangan dan pandangan kepada kami. kami amat mengalu2kn.

  8. razlanfauzi82 said

    kepada tuan presiden yang baru
    saya nak buat satu cadangan ler kan
    aper kata kalu kita wujud kan satu projek yang boleh mendatang kan keutungan kepada the cators cthnya projek penternakan ikan keli atau lintah… yang di usahakan atas nama THECATORS… selain mendatangkan sumber kewangan ia juga dapat mewujudkan peluang perkerjaan kepada ahli cators yang tak ade kerja lagi
    okkk

  9. salam nak tanya aper aktiviti ter baru cators

  10. Rosinar Mohd Anuar said

    Salam kwn2 smua. Ape kbr? Msh knal saya lg x? X sgka persatuan yg kita tubuhkan dh smpi prgkt ni. Dh lama x jmp korg. Klu ada ape2 xtvt, inform la ye. Kt kwn2 lame, azilah, firdaus, faizal, azizah, nurrashid, amran, dan lain2 SPM 2000 tutama 5PPN miss u all. Moga kita akn bjmpa lg.
    ROSINAR BT MOHD ANUAR. SPM 2000.
    019-9826679

  11. rosinar,

    alhamdulillah masih kekal lagi sehingga hari ini, cuma THECATORS masih kekurangan penggerak, kami amat mengalu-alukan penggerak dalam memperbanyakkan lagi aktiviti2 CATORS untuk manfaat exstudent dan student SMTLC umumnya.

    kepada yang mencadangkan aktiviti utk CATORS,

    kami mengucapkan jugaan penghargaan, utk makluman, kami masih memiliki kekangan utk melaksanakan projek2 tersebut. berikutan kekurangan kepakaran dan penggerak. Kami sangatlah berbesar hati sekiranya saudara/saudari yang mencadangkan aktiviti kepada CATORS utk mengetuai program tersebut dan bertindak sebagai Pengarah Program. Kami akan memberi sokongan 100% dan akan memberi bantuan semampu dan semaksima mungkin.

    sebarang masalah boleh terus merujuk kepada Presiden atau mana-mana ahli ME THECATORS

Leave a Reply